fbpx

Emosi Mawar Karim Terganggu Dituduh Lari Bayar Hutang

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai usahawan Mawar Karim berdepan tindakan bankrap apabila didakwa gagal membayar hutang berjumlah RM720,000 yang dipinjam daripada seorang kenalan.

Gaga-gara dakwaan tersebut, Mawar Karim berkata emosinya terganggu kerana berita itu memberi kesan kepada perniagaan dan bimbangkan keselamatan anak serta keluarga.

BACA: Dituduh Lari Bayar Hutang, Mawar Karim Dakwa Difitnah Individu Digelar ‘S’

“Saya hanya dapat tahu tentang kes ini melalui perkongsian di sosial media. Pastinya emosi saya terganggu apabila orang sekeliling mula bertanya.

“Dalam masa sama saya risaukan keselamatan anak dan keluarga serta reputasi sebagai usahawan kerana pelanggan mungkin beranggapan saya tidak boleh dipercayai,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mawar mengaskan dia tidak pernah berurusan dengan individu bernama Nabil Mat Jahya itu serta menjelaskan dia tidak pernah berhutang seperti yang didakwa.

“Saya tidak kenal plaintif dan tidak pernah berurusan dengan dia. Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar. Saya tidak pernah berhutang dan syukur perniagaan yang saya jalankan masih stabil.

“Saya tidak tahu bagaimana cerita ini boleh muncul. Mungkin ada pihak yang dengki atau mahu sabotaj saya,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Mawar berkata, pihaknya akan membuat permohonan mengetepikan dan melanjutkan perintah penghakiman ingkar seperti yang telah dikeluarkan.

“Mawar tidak jelas dengan tuntutan yang dibuat kerana dia menerima makluman dari kenyataan media plaintif dan bukan dari mahkamah.

“Kami akan buat permohonan untuk mengetepikan perintah ingkar dan penangguhan perintah tersebut seperti yang telah dikeluarkan oleh mahkamah,” katanya.