Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia tidak pernah membaca skrip ketika di awal penglibatannya dalam lakonan kerana tidak tahu membaca.
Menerusi satu temu bual dalam satu program, Emma berkata ketika itu rakan baiknya yang membantu membacakan skrip. Namun, dia bersungguh-sungguh untuk belajar selepas menerima tawaran berlakon daripada pengarah, Erma Fatima.
BACA: Emma Maembong Suka Suasana Serabut, Nak Anak Ramai
https://www.tiktok.com/@emmamaembongs/video/7292658472255016193?
“Sampai Erma Fatima tawarkan saya berlakon. Saya tau kalau nak sesuatu, maksudnya saya kena banyak membaca. Jadi saya cuba baca skrip setiap hari.
“Tapi masa itu, kawan baik saya yang tolong bacakan. Dia yang baca dan saya ingat. Saya tak pernah baca skrip,” katanya.
Sementara itu, Emma tidak malu mendedahkan dia tidak pandai membaca serta mengambil inisiatif untuk belajar daripada orang sekeliling.
“Satu hari bila masuk sebuah kedai nak beli makanan tetiba nampak buku komik. Banyak komik kat situ. Saya ambil dan buka. Macam mana nak baca?
“Siapa-siapa yang datang rumah, saya akan tanya macam mana nak sebut ‘A’? Orang yang ajar itu saya ingat. Bila ingat, saya tulis. Saya cuba dan terus cuba. Tapi tak pernah beriya,” katanya.
Dalam pada itu, Emma turut berkongsikan dia dan adik-beradikya melalui fasa sukar ketika ibu bapanya berpisah serta krisis keluarga.
“Ada la macam krisis keluarga.. tak sekolah, ibu bapa berebut anak dan bercerai. Semasa proses penceraian, pada masa itu sangat sukar. Jadi, saya tinggal dengan ayah.
“Ayah macam tak reti jadi bapa tunggal (single parents). Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. Jadi, kami ponteng sekolah,” katanya.