Emma Maembong Suka Suasana Serabut, Nak Anak Ramai
Baru saja melahirkan cahaya mata kedua pada Mei lalu, pelakon Emma Maembong berkata dia tidak menolak jika dikurniakan rezeki anak ketiga.
Memetik Utusan, Emma berkata dia impikan memiliki cahaya mata yang ramai apatah lagi dia dibesarkan dalam keluarga besar dengan 11 orang adik-beradik.
BACA: Emma Maembong Doa Perkahwinan Ketiga Shikin & Cat Farish Jadi Yang Terakhir
“Dari dulu orang sudah tahu saya memang inginkan anak, sekarang saya sudah ada keluarga sendiri. Selepas dikurniakan dua anak, mana tahu mungkin akan bertambah lagi?
“Saya tidaklah meletakkan sasaran atau jumlah anak. Cuma lagi ramai, lagi bagus. Saya mahu anak ramai sebab sudah terbiasa membesar dengan 11 orang adik beradik.
“Saya ada tujuh orang adik-beradik perempuan dan empat lelaki. Semua pun tahu kami memang rapat. Seronok bila ada adik-beradik untuk bergosip. Kalau susah, adik-beradik juga yang akan tolong kita,” katanya.
Dalam pada itu, Emma mendedahkan pada awal perkahwinan dia pernah menangis kerana rasa sunyi memangdangkan hanya tinggal berdua dengan suami sahaja.
“Masa mula-mula berkahwin, saya menangis sebab rasa sunyi sangat. Mungkin ada orang yang rasa serabut kalau suasana bising, tapi saya berbeza. Saya tidak suka sunyi.
“Kelakarnya, saya suka suasana serabut terutama suara budak-budak. Mungkin dari kecil saya sudah terbiasa dengan suasana riuh rendah, ramai orang,” katanya.
Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
- SUMBER
- utusan Online
Emma, suka serabut tak apa..jgn APAM yg serabut..tapi kalau serabut pun..aku tetap akan MELAYARI mu..oh oh oh..
Sempoi je Emma..kaya pun bg anak pakai baju murah2 je..baby dia pakai baju yg same mcm anak aku..murah je weii aku beli..haha..bagus la nk anak ramai2 Emma..tmbh umat Nabi..semoga Emma & suami dpt didik anak2 dgn agama..in shaa Allah..
Aku klu ade maid , serabut ok je.cbe ko je dn hdap 10 ank tnpa maid.bkan srbut da, gila trus.sbb tu untung klu kwin suma siap