fbpx

Emma Maembong Selar Pihak Ubah Suai Foto Dengan ‘Tompokan Air Mani’

Ingatkan zaman ubah suai gambar selebriti ini sudah berlalu namun masih ada pihak yang rajin untuk melakukan perkara tidak berfaedah ini — mangsa terbaru adalah Emma Maembong yang gambarnya telah ditokok tambah dengan tompokan air mani.

“Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah”

“Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul,“ jawab Emma Maembong kepada Berita Harian hari ini berhubung isu gambar yang tersebar luas itu. (rtky/m)