Emma Maembong Sah Bergelar Isteri Juruterbang
Selepas pelbagai spekulasi mengatakan yang pelakon ini bakal menamatkan zaman bujang, hari ini Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar berusia pada majlis tertutup di Bukit Damansara.
Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.
“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” ujar Emma Maembong yang ditemui Berita Harian.
Emma Maembong mendedahkan yang beliau bertemu suaminya pada tahun 2017 namun menjalinkan hubungan yang lebih serius pada tahun 2019 dan kesungguhan Muhammad Shazli Azhar mahu menjadikannya isteri yang sah memikat hatinya.
“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” tambah Emma Maembong lagi. (rtky/m)
- SUMBER
- Berita Harian
Alhamdulillah. Tahniah. semoga berkekalan hingga ke jannah.
Tahniah, kain batik ada beli ka..?
sudah bergelar isteri kepada lelaki yg berusia…knpa (delete) ayat di atas..
adakah berusia tu..maksud dah tua..
tulis biar jelas…
kejap je ni
Tahniah semoga till jannah
Congrats..
X suka rambot jurai2 camtu…kasi kemas tarik ke belakang ajer pun hokay . Pepun tahniah…sweet.
Congrats Selamat Pengantin Baru semoga bahagia hingga ke Jannah.
Tak kekal lama nie. Tengok la nanti. Btw congrats
Tak sesuai lah emma nak control2 ayu gitu because its not you .. emma jenis muka je lawa tapi bila bukak je mulut & perangai mcm minah rempitsss dan terkinja2 .. semoga xgila depan mertua
Selamat pengantin baru Emma moga kekal ke syurga…Aamiin. Bagusla takyah lam kenal buang masa je…Zahirah pun dah selamat kawin…dulu gaduh kerana mamat yg poyo2 akhirnya dua2 jodoh org lain…
Matang konon… Puuuiiiii