Emma Maembong Berhijab Bukan Ikut Trend, Mohon Peminat Beri Masa Untuk Berubah
Sejurus dakwaan pelakon manis Emma Maembong yang berpakaian ketat dikritik hebat oleh segelintir peminat di laman sosial Instagram, Emma tampil memberikan penjelasan perihal isu tersebut.
BACA: Peminat Di Instagram Tegur Emma Maembong Berseluar Ketat
“Emma berubah secara perlahan-lahan, tidak ada orang berubah akan terus pakai purdah sampai buka mata dua. Daripada Emma tak berubah lebih baik Emma berubah secara perlahan-lahan. Mengenai seluar ketat rasanya ramai lagi orang pakai sebegitu dan bukannya Emma seorang,” katanya yang ditemui semasa Majlis Pelancaran 2 Drama Terbaru terbitan HyppTV kelmarin.
Melihatkan Emma selalu dijadikan mangsa bulian di laman sosial, pelakon itu menafikan hal itu dan memberitahu bukannya dia seorang sahaja yang terkena malahan ramai lagi artis lain di luar sana.
“Emma tak rasa apa pun, bagi Emma semua orang kena benda yang sama. Kalau Emma buat apa-apapun kalau orang tak suka kita buat macam mana pun orang tetap tak suka. Jadi kalau kata nak jadi isu di ‘attack’ ramai-ramai di Instagram, saya tengok mereka bergaduh dan saya biarkan sahaja.
“Kalau orang tegur Emma secara nasihat dan baik, Emma akan fikirkan dan ambil teguran itu. Tapi kalau secara kasar tidak mengapalah,” tambahnya lagi.
Tambah Emma lagi, dia mahu berubah secara perlahan-lahan dan tidak mengikut trend atau paksaan daripada mana-mana pihak apabila dia membuat keputusan untuk berhijab.
“Semua orang pun sama kalau orang itu sebelum ini yang merokok dan mahu berhenti dia akan perlahan-lahan berhenti begitu juga dengan Emma. Emma sendiri baru sahaja berhijab dan bukannya berhijab untuk mengikut trend ke apa. Itu semua atas kehendak Emma sendiri yang mahu berubah secara perlahan-lahan”
“Lagipun takkan nak jelaskan satu per satu kepada setiap orang. Bukan Emma sahaja cuba tengok orang sekeliling contohnya kakak, emak dan yang lain-lain cuba tengok dan tegur mereka terlebih dahulu,” jelasnya.
Bagaimanapun, Emma berkata dia tidak terjejas atau tertekan dengan media sosial kini yang seolah-olah sesuka hati untuk cuba menjatuhkan atau mengaibkan seseorang artis atau mana-mana VVIP yang lain sekalipun.
“Bagi Emma sendiri tidak tertekan pun. Mereka rasa artis ini tidak mempunytai perasaan dan mereka buat artis ini sebagai bahan kutukan. Tapi setiap hari dalam kehidupan mereka artis juga jadi bahan menghiburkan mereka semua,” ujarnya. (rtky/h)
good
Contohi cara pemakaian tudung diana amir,heliza helmi,yatt hamzah,irma hasmie
ASYIK CERITA EMMA KEMBONG NI JE…………..MANA CERITA AARON AZIZ…………..AARON ADALAH KING BAGI JANTAN2 BODY CANTIK……….
BERHENTI BERLAKON………TAK LAH ORG KUTOK2 LAGI…..JADI MACAM AKU JUAL KUIH RAYA……….MEMANJANG JE ORG PUJI……SEDAP BETOL KUIH TIJA…….SEDAP KUIH TIJA…….NAK ORDER 10 BALANG LAGI…….TAK LARAT AKU KENA PUJI…..
len kali contohi laaa penyanyi no 1 MALAYSIA!!!!!! saper lagi kalo bkn DATO’ SITI NURHALIZA!!!!!!! kbyeeee!!!!!!
Btooll tu
org tak suruh lah kau terus pakai purdah. tapi kalau dah berhijrah tu, pandai2 lah pakai baju yg labuh. tak labuh pun at least tak ketat. tutup aurat, bukan balut aurat. kalau dah bangag tu, bangang jugak lah. maklum lah kan skolah tak habis. nasib baik pandai menulis membaca, kalau tak tah jadi apa. tukang sapu pun ada spm!
mak temah nasihatkan kalau taknak rasa tertekan, pandai2lah jaga diri tu….jjaga maruah, jaga nama keluarga……artis hijab lain mcm yatt hamzah, heliza helmi, irma hasmie lepas berhijrah elok jer jaga diri, takder pon tertekan dek kebodohan memilih pakaian yg sesuai selepas berhijrah….kau salahkan ramai org pakai hijab pakai seluar ketat….dorang bodoh kita nak ikut bodoh skali ke, dorang lompat masok api kau nak ikut skali ke? bila balas soalan reporter tu cubalah balas dgn jawapan yg lebih “smart” k emma…
pisnowar
Pergi nasihat artis2 yg masih tidak sedar diri..bukan nya mghentam org yg menuju ke arah kebaikan..sepatutnya bersyukur ada artis yg berubah lebih baik masa diaorg nk sampai kemuncak karier..bukannya kutuk..byk lg artis2 tua yg masih ingat diaorg umur 20 an…
lain kali ikut macam Yatt Hamzah.. main boling pun pakai jubah.. barulah islamik kononnya.. :3
kan bagus jaga aurat…ada dier jatuh tergolek ke? kalau tak apa yg kononnyer?
btw, siti nurhaliza adeer single baruu!!!!! MIKRAJ CINTA uollsssss ko haderrrrr?????????
farawahida juga akan keluarkan single baru..nntikan yea..pasti lebih sedap dr mikraj cinta tu.
Orang terjun gaung kau pun nak terjun jugak? mati tak kira masa kak. berubah la skrg. jgn la malukan islam dengan imej cmtu. sekadar nasihat.
kau tu public figure of cos la semua orang perhatikan kau…. kau ni dari mula masuk dunia seni smpai sekarang macam-macam gosip yg kau timbulkan…. ingatkan lepas bertudung x de la gosip murahan pasal kau tapi ada jugak….
jangan ikut orang emma. kita ikut Islam. Ikut orang pakai telanjang kepala tutup pun ada. mmg takda yang berubah tutup aurat terus pakai purdah. mmg perlahan lahan. tapi mati tidak menunggu kita utk berubah atau tak. dia tak dtg perlahan lahan. kita semakin dekat dengan kematian.
Cuba anda semua bagi comment positif ni asyik2 negatif cuba kalau anda semua kt tempat emma maembong mesti anda akan terasa dan sedih emma maembong cuba untuk jadi yg terbaik semua orang boleh berubah tertapi sedikit demi sedikit bukan denga terburu2 insyaallah orang yg anda kutuk itu akan jadi lebih baik dari kita jangan ikut sedap hati je nak komen orang belum tentu kita ni lebih baik dari dia semua orang ada yg sempurna ada yg tak sempurna so ingat2 lh kita jangan komen ikut sedap mulut je
Kak emma kena tabah dan kuat menghadapi dugaan dn cabaran daripada tuhan saya akan doa kn akak berjaya dalam dunia dan akhirat nanti amin
juz stay strong
yg korang nak marah emma kenapa.korang ni sempurna sangat ke nak kutuk mengutuk dia.
kak emma kena tabah jgn berhenti berdoa.ini semua dugaan daripada allah sebenarnya allah syg dgn akak emma.cuma kena bersabar.sabar kan separuh daripada iman
Aku rase yg selalu komen negatif @mencarut sini sprt khatija haron mungkin golongan pondan atau wanita mulut luas yg kerja siang mlm asyik mengumpat. Kbanyakkan org mcm ni rupa tak cantik ataupun porrong
Kuikuikui. Mak nyah…. auwwwwww
Iya seharusnya awak t suruh lah orang-orang yg majang foto buka aurat t hapus foto awak d sosmed,,dan blokir foto awak yg tak berhijab tu
fan orang-orang tak anggap negatif sma awak lagi