Emma Maembong: Kami Berdua Belum Ada Rancangan Untuk Kahwin
Bagi Zizan Razak dan Emma Maembong setahun merupakan usia matang sebelum kedua mereka mengambil keputusan untuk mendedahkan hubungan mereka. Bagi Emma, sebagai manusia biasa mereka juga perlukan privasi sendiri.
Malah sebagai manusia yang berfikiran waras, normal untuk kita mengenali hati budi masing-masing sebelum memutuskan untuk menjalani sebarang hubungan sama ada rakan biasa atau hubungan istimewa dengan sesiapa sahaja.
BACA: Emma Maembong Bersedia Kahwin Usia Muda, Terima Jodoh
“Saya orang biasa. Kalau orang lain pun, sebelum bercinta mesti nak kenal hati budi dan latar belakang orang tu. Tiba-tiba saya umum dekat public yang kami bercinta, di pertengahan jalan, saya tak boleh nak teruskan dengan dia, saya akan malu”
“Niat saya adalah biar saya kenal Zizan dengan betul dulu. Bila ayah dan keluarga saya dah okay, baru saya nak beritahu pada public. Tapi belum sempat kami nak kenal each other, orang ramai dah mula bercakap. Mereka dapat hidu. Jadi saya serahkan pada jodoh”
Emma menambah, dia mahupun Zizan tiada niat untuk menyembunyikan kisah cinta dari peminat. Cuma masing-masing perlukan ruang dan masa yang tepat sebelum sepakat untuk tidak lagi merahsiakan perhubungan yang sedang berlangsung.
Sebetulnya Emma dan Zizan sudah mengenali sesama sendiri sebelum masing-masing bergelar artis lagi. Emma dan Zizan keduanya berasal dari Terengganu. Malah Zizan merupakan jiran sebelah kampung Emma. Sudah lima tahun mereka kenal.
“Emma dah kenal dia sebelum jadi artis lagi. Lima tahun lepas lagi dah kenal. Kami berkawan macam biasa. Sampailah satu masa Emma jadi pelakon. Masa jadi pelakon itulah, saya cuma Zizan seorang je artis. Jadi saya berkawan dengan dia. Dia banyak ajar saya. Dan itu lah yang buatkan saya rapat dengan dia,” kata Emma Maembong.
Belum Ada Rancangan Berkahwin, Keluarga Saling Kenal
Tidak menolak kedua ibu bapa sudah saling kenal kerana sememangnya mereka merupakan jiran di Terengganu. Namun sehingga setakat ini mereka belum lagi duduk untuk merangka sebarang majlis pertunangan mahupun pernikahan anak-anak. Zizan dan Emma sendiri belum ada perancangan untuk berkahwin.
Cuma orang ramai yang membuat andaian sendiri apabila pada majlis hari jadi tahun lepas Zizan mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujan di usia 30 tahun. Kedua mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk berkahwin samada hujung tahun ini atau pun awal tahun hadapan seperti yang digembar gemburkan sebelum ini. (rtky/bsr)
“kenal dia 5 tahun lepas sebelum dia sebelum dia jadi artis lagi” lol zizan masuk raja lawak 7 tahun lepas. bukan kah dah jadi artis tu
Mcm ni la statement retis low class. nama pn budak tak habis sekolah. konon bg ayat “belum umumkan, org ramai dah dapat hidu”. hahaha… kelakar nak mampus. dh kau over gedik dekat public, sure lah org tak payah hidu pn blh tahu. BANGANG! mcm statement pojiah gous jgk. cakap kenal setahun sebab bisnes sarang burung setahun lepas, lepas tu dalam nona ckp kenal sbb sepupu dia nk cari kerja. ape benda la retis ni. kalau bodoh, jangan menipu. kantoi bodoh je tahu tak?
baca betul2… dia ckp ‘belum jd artis’ merujuk kepada dia.Emma bkn zizan.. haiyaaa
‘Emma dah kenal dia sebelum jadi artis lagi’ – emma yg bukan retiss lagi 5 taun lepas, bukan zizan
x mnt dgn cuople ni poyo hbs,perasan bagus je
tah..dye ckp lain..kau baca lain..ape yg pasti emma kaki pengkar
emma.where is your tudung?
Weiii…cmne org x hdu prcintaan ko klu asik brkepit /brgmbar ngn hdung bsar,pki ksut sama.artis ni mmg bodoh ye..ske ptar belitkn cite cm hnis perampas.klu ko kwin skrg pn..ade aku kisah??
konon nak acah sweet mcm scha al-yahya dgn awal letewwww, ouh plss.. mase bercinta semua sweet jgn mase kawin cerai berai pulak ye sbb madu dah hbs isap mase bercinta -,-”
belum kawin lagi dah heboh satu dunia macam cantik sangat zizan pun sama ingat diri tu top sangat ke /top lah sekejap tak lama lagi macam kumpulan senario /sekarang dah tak laku tua kerepot sape nak tengok lagi …
HULALAALALA……..apalah orang dok bercinta….korang dok berperang ….
paling bangang y sibuk dok komen bnyi mencarut..nmpk sngt kebodohan korg tu..nmpk sngt malaysian ne kaki iri ati..tmbhh2 dosa je korg g post komen2 negitive tu..bangang tul…