fbpx

Emma Maembong Jadi Punca Kemelut Dalam Wire Fame Entertainment?

Kalau anda mengikuti perkembangan hiburan dua tiga hari ini, pastinya ada terbaca tentang isu kemelut dalam Wire Fame Entertainment sehingga pendapatan artis di bawah naungan mereka tidak berbayar kerana Zizan Razak didakwa membekukan akaun bank.

BACA: Marina Juki Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Duit Syarikat

Pengarah Urusan Wireframe Entertainement, Marina Juki semalam mengadakan sidang media khas untuk menerangkan sebenarnya apa yang terjadi bersama peguamnya Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana selain juruaudit syarikat tersebut.

Laporan Sinar Harian hari ini ada menyebut secara lengkap imbasan bagaimana semua ini boleh terjadi yang bermula sekitar Februari lalu apabila ada khabar angin mengatakan bahawa Emma Maembong akan disingkir kerana sering membawa masalah.

Ianya berterusan apabila Zizan Razak berhijrah ke bawah pengurusan pihak Astro walaupun beliau memilii syarikat pengurusan sendiri. Pengakuan Marina Juki dalam bibit bibit akhir laporan tersebut menarik perhatian kami. Ianya melibatkan Emma Maembong, lagi.

“Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu”

“Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang. Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu”

“Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama. Tapi dek kerana salah faham itu saya dan Zizan sudah tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera,“ ujar Marina Juki menahan sebak. (rtky/m)