fbpx

Emma Maembong Ditegur Kerana Bahayakan Bayi Dalam Kandungan

Usia kandungan sulungnya kini mencecah enam bulan, baru-baru ini Emma Maembong ada memuat naik gambar terbarunya di Instagram menunjukkan wajahnya yang dikatakan semakin mengembang.

Menurut Emma, bukan sahaja wajahnya mengembang malah, kakinya juga sudah semakin membesar. Bagaimanapun, lain pula yang menjadi perhatian netizen yang lebih tertumpu kepada telefon yang digantung di leher.

BACA: Alami Alahan, Emma Maembong Selesa Pakai Kain Pelikat Suami

Ada segelintir netizen kurang senang dengan tindakan Emma itu, malah turut menegur pelakon itu supaya tidak membiarkan telefonnya dekat dengan perutnya kerana dikhuatiri bayinya terkena radiasi yang kuat.

Meskipun ada yang menegur tindakannya itu, namun ramai yang memuji Emma yang dilihat semakin comel dan berseri-seri meskipun sedang berbadan dua. Untuk rekod, Emma bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.