fbpx

Emma Maembong Dipuji Layan Anak Maid Macam Keluarga Sendiri

Baru-baru ini pelakon Emma Maembong ada memuat naik video bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada pembandu rumahnya.

Perkongsian Emma itu menjadi perhatian ramai apabila dilihat melayan kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang. Menerusi entri itu, Emma melakukan kejutan buat kanak-kanak itu di sebuah taman permainan ‘indoor’.

BACA: Obses Dengan Anak, Emma Maembong Bawa Syariq Ke Set Penggambaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Dalam video itu memaparkan Emma menyediakan sepotong kek sebelum ditiup oleh kanak-kanak dipanggil Intan yang teruja menerima hadiah anak patung sempena hari jadinya.

“Selamat hari jadi Intan sayang. Mima (nama panggilan) sangat sayangkan kamu,” tulisnya.

Emma turut memuat naik gambar bersamma kanak-kanak itu yang dilihat saling memegang tangan antara satu sama lain.

Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu sentiasa merendah diri kerana melayani anak pembantu rumahnya seperti ahli keluarga sendiri.

Malah, ramai mengatakan pembantu rumahnya bertuah kerana mempunyai majikan yang baik hati seperti Emma serta tidak membezakan layanan.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun.