Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
Walaupun sudah enam hari Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 berlalu, namun acara berprestij itu masih menjadi bualan hangat ramai. Termasuklah nasib pelawak dan pelakon Zizan Razak yang pulang tangan tangan kosong.
Ya, kekalahan Zizan sangatlah mengejutkan ramai peminat kerana dari awal lagi dia antara salah seorang artis yang diramal akan menang besar pada malam tersebut. Bukan rezeki Zizan tahun ini – itu yang kami dapat ungkapkan. Tak mengapa, tahun depan ABPBH ‘kan ada lagi.
Namun timbul cakap-cakap belakang mendakwa antara punca kekalahan Zizan itu ialah kerana kekasihnya, Emma Maembong. Ini disebabkan tidak semua peminat menyambut baik keterbukaan pasangan ini mengaku yang mereka bercinta. Malahan ada yang mengatakan Emma lah penyebab populariti Zizan semakin merundum. Kasihan Emma…
“Saya tak boleh nak komen banyak tetang hal itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jangan lah tunding jari kepada orang lain. Mungkin anugerah itu bukan rezeki dia kali ini,” kata Emma Maembong tenang.
Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail Maembong ini ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Per’l bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.
Menganggap dakwaan tersebut sebagai lumrah, kata Emma dia lebih senang bersikap positif. Meskipun begitu, gadis kacukan Melayu-Scotland ini sedar ada sebilangan peinat Zizan yang kurang senang akan hubungan cintanya dengan jejaka kelahiran Terengganu itu.
Susah Berlakon Dengan Zizan Razak
“Saya tak buat apa-apa pun orang tetap mengata saya. Jadi biarlah orang nak kata apa pun, saya positif. Saya tahu ada juga yang tidak suka hubungan kami. Soal jodoh ni semua ditangan Tuhan. Saya harap peminat-peminat boleh doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
Menyentuh mengenai kerjaya pelakon ini pula, Emma Membong baru selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Hantu Selfie arahan Michael Ng. Dalam drama tersebut Emma bergandingan sekali lagi dengan kekasihnya, Zizan Razak.
“Susah juga berlakon dengan dia (Zizan). Bukan sebab dia kekasih saya tapi sebab dia kan raja lawak, jadi bila camera on, ada saja lawak spontan yang akan dibuat menyebabkan kadang-kadang saya susah nak balas semula. Saya cuba juga melawak tapi tak jadi. Di situ saya kalah. Tapi kalau bab sedih, perlu menangis, saya tiada masalah. Dia pula yang kalah kat situ,” katanya yang merupakan kali kedua berlakon bersama Zizan.
Sebelum itu mereka berdua digandingkan dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Ucop Wilcha melawan Warewolf yang dijangka ditayangkan penghujung tahun ini. Sementara Hantu Selfie akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. (rtky/fr)
sila kawin cepat..gedik jer aku tngk kat melodi aritu..salah satu punca kalah org x suka ko over dgn zizan tu..
korang gedik and mengada2 sebab tu peminat taknak undi..jgn salah kan peminat sbb korang yg menyebabkan peminat tak undi.
Ye ke ? rasanya tak kot,sebab diorang tak melebih-lebih pon,and diorang just jadi diri sendiri. Lagipon kalau yg kalahkan zizan dlm 3 kategori tu “biasa” je memang susah lah nak terima,tapi memang yg menang sgt cemerlang on that time.kan..kita doakan je la emma ngan zizan ni cepat kahwin..lepastu kalau ada lagi mulut mengata, orang kita,biasalah..semua kain nak jaga.
like zizan n ema…
Klau zizan je menang mcm mana plawak lain nk dpt pengiktirafan jgk tkde kena mngena dgn emma. Both of them sgt ? ce fikir di luar kotak sikit. Mentality teruk yg tak suka zizan dgn emma ni.
Ada kena mengena ngan ma buat video aksi gedik…skandal dlm airplane semua tu menyumbanglah. Emma you dulu mula berlakon drama Kau Yang Terindah elok je tengok perangai. Now ni awat gedik sangat…..
ema ni x educated,tu yg nmpk mcm mellow je..nak bwk gaya vogue versatile mmg x kenala sbb otak tu kosong..huhu
jgn salahkan emma atau zizan .. kalau ada artis lain yg dah beli undian..kesian dorg berdua espeacially zizan..jd mangsa keadaan..so sad dunia artis nie sebenarnya kdg2 org yg rapat ngan kita pon tikam belakang baik punya..anyway im happy for u both. zian and emma hope stay forever till jannah.. Love you Zizan Emma..
Jgn hampiri Zina… InsyaAllah ada lh rezki engkau orang.
Macam ye ye je yg komen ni..
haishh korng ni pelik la…jangan nk tgk org je gedik…tgk diri sndiri bru nk tgk org…walaupon aku ni tk mnt kt emma n zizan…tp jgn la nk komen2 cm tu ..doa kn la dorg yg terbaik…jgn la nk buruk2 kn dorg lg…fikir laa…gedik tu diri dorg…sume pompan gedik wehh….bukan je emma sorg gedik…jgn nk aib diri org …sekali allah swt aib kn korg bru tau….allah kalau nk blas bila2 msa sje nk bg….so jgn nk buruk2 kn org…yg dpt phala korg emaa..korg dpt dose..sbb ske bruk2 kn org…tak suke diam aje la….jgn nk menganjing org okey….!!!!
apa ke bangang nama tajuk filem filem melayu sekarang
Fatimah = emma
Gedik
yg tulis emma gedik lah,zizam gedik lah,ape lah ,tu lah ,ni lah…..Korang cermin sikit diri korang..Sape yg lebih lebih and sape gedik..Org sepatutnye doakan semoga mereka ada jodoh,ni tidak.Sorry lah klau ade yg terase.Look yourself carefully before look the others!!!
jangan jadi seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus!!! hope korang sedar….Saya tahu saya pon over lebih…tapi saya cube jugak untuk jaga korang,sebab kite ni sesama iSLAm….MAAF KALAU ADE YG TERASA
Asalkan dorg bahagia . kita hidup ni tk bole dgr ckp org sgt sbb org tk tau apa2 pasal hidup kita :)
Masalah terbesar isu ni jd sbb peminat zizan dh lari.. Tu je.. Bkn senang nk jd popular, so kene la jage diri, tingkah laku n peminat…. So zizan cube lg thn dpn..
Ape masalah kowg ek..nk buat cane diowg kan public figure…adat la bercinta..nk nyampah dh kenapa…wartawan dok kejar cerita dowg..x suka x payah tgk n baca…mmgate org..hangpa pun pernah bercinta juga kan..:)
bangang tol la korng komen yg xberasas lgsung lntak dorng la nk ape pun..menang ke kalah ke….pendek cite rezeki masing2..so jgn nk prtikai org…ada dorng makn minta duet korang? ikut jer la prkembngan artis jgn nk lebih2 pulak mcm diri 2 baik sgt…sory sai ada yg tersa ye..
Hope emma dn zizan bahagia . dn x pyh la nk menganjing ke pe kt sinii . kesian tau Emma gn zizan . dn tak pyh aib kn owg Sgt. kang Allah aibkan kowang bru tahuuuu . Hope emma gn Zizan Bahagia dn berbaik semula .
ala kau pun gedik jugak la .. tengok gaya kau tulis comment pun dah tau kau gedik .. diam la