Nampaknya kemelut antara dua selebriti ini terus berpanjangan apabila Emelda Rosmila menfailkan saman menuntut ganti rugi am lebih RM1 juta daripada Zarina Anjoulie kerana menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Menerusi saman dan penyataan tuntutan balas terhadap Zarina itu, Emelda juga turut meminta ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah menghalang Zarina atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya.
BACA: Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan, Emelda Bayar Ganti Rugi RM4 Juta
Malah, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee itu juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina dan ia perlu disiarkan di media cetak, Facebook dan Instagram pelakon itu.
Selain itu, Emelda turut memfailkan satu saman dan pernyataan tuntutan balas terhadap Zarina berikutan video yang dimuat naik Zarina di Facebook.
Emelda juga memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina, menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman.
Malah, Emelda turut menafikan bahawa hantaran di aplikasi Instagramnya adalah fitnah kepada Zarina.
Tambah Emelda, segala saman dan tuntutan balas itu telah pun diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu dan kini menyerahkan perjalanan kes kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran sahih.