“Emak Sentiasa Tegur Saya, Tapi Saya Yang Degil”
Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.
Memetik laporan Harian Metro, Kak KM berkata dia mengakui sudah beberapa kali menerima teguran daripada ibunya mengenai perkongsian videonya.
BACA: Kak KM Izinkan Anak Hisap Rokok Daun, Cara Didik Elak Buat Sorok-Sorok
Menurut Kak KM, meskipun mengetahui ibunya kurang senang dengan video dimuat naik olehnya, namun dia berkata ianya sebagai strategi pemasaran produk.
“Video saya memang asyik kena kecam dan mak juga kena tempias sehinggakan beberapa kali dia minta saya berhenti lakukannya tapi saya minta dia bertenang.
“Saya juga minta dia jangan baca komen atau jangan layan media sosial. Emak memang pantau setiap hantaran saya dan selepas itu akan telefon minta padam.
“Jadi saya jelaskan apa yang dibuat adalah urusan kerja dan perniagaan. Saya kata jangan baca komen kerana nanti dia murung,” katanya.
Kata Kak KM lagi, dia pernah menyekat Instagram ibunya namun baru-baru ini membuka semula. Ujarnya, dia tidak peduli dengan kata-kata negatif netizen tentang dirinya.
“Memang emak sentiasa tegur saya setiap hari tapi saya seorang yang degil. Kalau orang nak kata emak tak pandai jaga anak, pergi lantaklah. Kalau bagus, jagalah anak dan emak kau baik-baik,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai desakan netizen yang meminta agar penjual yang mengahasilkan iklan berunsur lucah dikenakan tindakan, Kak KM berkata dia tidak melakukan perkara salah.
“Saya hanya jual produk. Kita dengan cara kita sebab yang tular itu produk yang saya jual. Cuma bila terangkan cara penggunaannya itu nampak macam lucah. Kalau orang sentiasa berfikir buruk, pakai kebaya pun orang nampak lucah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Menjual produk & marketing dgn cara MEMALUKAN & melucah tu takpe ..boleh je kan asalkan kau untung ratus ribu,dpt beli emas berketul-ketul…beli keta sebijik sorang utk adik-beradik kau….kalau tak melucah Kang tak merasa kaya pulak kan…
Takpe takpe…teruskan
bermaksud…tnpa izin mak adakah …
So demi duit semua tolak ke tepi la? Kalau aku jadi mak dia, mau berkeras tak nak terima apa apa dari hasil marketing cenggini. Tak pepasal kena cop memacam nanti.
Tunggu Tuhan tegur kau baru terciduk
Adaker,ku kisahkan..sbb,kaya lagu ni adalah Istidrah..Allah Sentiasa tambah rezki dia,sbb kemurkaan Allah…kau tunggulah,pasti dtg one day..kau akan menyesal.