“Emak Saya Suka Nana, Jadi Dia Okay Sahaja”
Sering dikaitkan dengan Siti Nordiana, malah ramai mahu melihat hubungan mereka menjadi lebih daripada seorang sahabat, Khai Bahar berharap agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.
Meskipun sebelum ini sudah menjelaskan bahawa mereka rapat atas urusan kerja, namun Khai menerima dan reda andai sudah tertulis rakan duetnya itu adalah jodohnya.
BACA: “Kalau Saya Bukan Penyanyi, Ramai Je Ajak Couple”
“Saya sedar ramai peminat yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada sahabat. Tapi saya pun tak boleh nak ya atau tidak sebab soal jodoh ini kita tak tahu.
“Sebelum ini pernah ada gosip membabitkan kami dan saya sudah menjelaskan kami rapat atas faktor kerja, tetapi apabila kami bergandingan dalam drama Satukan Rasa, ia mula menjadi perbualan peminat semua.
“Apa-apa pun, kalau sudah tertulis ada jodoh kami, saya reda dan terima. Doakan yang baik-baik ya,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Khai berkata ibunya mengetahui mengenai gosip cinta antara dia dan Nana namun tidak pernah bertanyakan tentang hal itu. Malah, ibunya sukakan semua rakan-rakannya termasuk Nana.
“Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan saya termasuk Nana, jadi dia okay sahaja asalkan tahu batas dan tidak keterlaluan.
“Rasanya gosip-gosip nakal sebegini tidak menggangu karier saya kerana kita tahu apa niat berada dalam industri ini, nak cari rezeki dan nak gembirakan semua orang,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Jodoh ditentukan peminat dan motif couple buatan syarikat rakaman utk tujuan promosi dan viral tak kemana lah.dah basi dah trend ganding menganding pastu acah2 bercinta sbb ikutkan peminat dan rasa feel masa menyanyi atau berlakon..tak payah jadikan trend sgt..geli..pasty kahwin 2 bulan dah cerai..si jantan cari balik geng kunyit lama dulu..
Ape doh dgn nana. Yek. Tua kot.
Hujan tak…ribut tak…lagu baru tak…
Rupa-rupa nya gossip nak naikkan rating drama astro baru dgn Nana.
Haiiish tactic purba tu. Next time hire new PA to create buzz ok.
Sekilas gossip keluar kat Rotikaya, saya tahu mana authentic…mana propa.
Geng couple olok2 mcm ni dah basi.lepas tu ikut ckp followers taikk masing2..konon sweet la..khai bahar syamel dan heal husaini..bak kata erni zakri dlm GPH Hot FM bersama sarancak hari tu *tengok pon boleh tau kunyit ke takkkk* syamel tak reti2 ke??????..geli tgk persembahan muka syamel dlm anugerah skrin aritu..erni no respond.