fbpx

Elyana Sound Netizen Sindir Isu Buka Tudung

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Elyana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mengenai cahaya mata keduanya, Cahaya Ramadhani.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Elyana menyatakan ramai yang mempersoalkan siapa ibu sebenar kepada anak angkatnya itu. 

BACA: “Allah Bagi Kesembuhan, Jangan Lupa Diri” – Elyana Dikecam Buat Trend ‘Swipe’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Elyana berkata Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangannya meskipun bukan dari rahimnya yang dijaga olehnya sejak dari usia 6 hari.

“Anak perempuan ku Cahaya Ramadhani. Ramai yang tanya Caca anak siapa? Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangan saya. Walaupun bukan dari rahim saya. Saya sedaya upaya menyayangi serta menjaga dia dengan kemampuan saya dari usia caca 6 hari.

“Jadi,kepada pihak-pihak yang selama ini jahat kepada anak ini….susah sekali saya memaafkan anda.Terlalu hancur hati saya dengan perbuatan anda,” tulisnya.

Namun, diruangan komen apa yang menjadi perhatian ramai apabila ada netizen memerli penyanyi itu berikutan dalam video dikongsikan Elyana memaparkan anak keduanya itu dipakaikan tudung, namun dia pula membuka hijab.

Tidak hanya berdiam diri, Elyana memberikan komen balas kepada individu tersebut supaya jangan menjatuhkan maruah diri serta keluarga dengan meninggalkan komen negatif seperti itu.

Terdahulu, Elyana membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab tahun lalu. Elyana berkata dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.