fbpx

Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, penyanyi Elyana terus menerima kecaman netizen, namun ada yang memberikan kata-kata positif buatnya.

Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video menari mengikut trend lagu terkini nyanyian Alpyh iaitu Swipe.

BACA: Diminta Pergi Mati, Elyana Tenang Balas Komen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Menerusi video itu kelihatan Elyana lincah menari dengan latar belakang cahaya lampu merah dan biru.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila ada yang terkenang kembali ketika Elyana sakit sebelum ini.

Tidak kurang juga, ada netizen mendakwa penyanyi itu seolah lupa diri seleaps sembuh dari sakit kanser limfoma.

Pada Ogos lalu, Elyana mengakui tidak lagi berhijab. Elyana berkata dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.