fbpx

Elyana Kembali Tak Bertudung?

Perkongsian terbaru penyanyi Elyana menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya tidak bertudung di Instagram.

Menerusi entri itu, Elyana mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang dilihat beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi berhijab.

BACA: Mata Elyana Tak Berapa Jelas, Pendengaran Rosak, Memori Hilang & Sakit Saraf

Turut menjadi perhatian, baju yang dipakai olehnya itu tertulis ‘jadi diriku’. Malah, Elyana turut menutup ruangan komen perkongsian itu.

Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Pada Disember tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.