fbpx

“Elly Mazlein Tak Overshadow Peserta Pun” – Nabil Ahmad

Pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan, Nabil Ahmad menepis dakwaan netizen mengatakan kemunculan Elly Mazlein selaku rakan pengacara menggangu dan overshadow peserta.

Memetik Harian Metro, Nabil berkata dia tetap melihat peserta lebih mendapat perhatian. Ujarnya, perhatian diberikan kepada Elly adalah kerana ada peminat berkongsikan telatahnya di media sosial.

BACA: “Sebenarnya Saya Ni Pemalu Orangnya, Tiada Keyakinan Diri” – Kak Lina

“Soal Elly menjadi perhatian lebih daripada peserta, pada saya ia subjektif. Yang menjadikan Elly sebegitu adalah peminat dia yang suka keletah dia. Mereka atau penonton berkongsi di di media sosial.

“Saya yang berada di situ tetap melihat peserta lebih mendapat perhatian. Dia tak ‘overshadow’ peserta pun. Cuma bila orang memuat naik di media sosial, memanglah nampak dia menjadi perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemilihan Elly memberikan suasana baru pada program tersebut serta mendedahkan apa yang dilihat oleh pentonton sudah dibuat ketika sesi latihan dan diketahui oleh para peserta.

“Sebenarnya apa yang penonton tengok di kaca TV, Elly dah buat masa sesi latihan lagi. Peserta dah tahu pun apa Elly akan buat. Mungkin sewaktu latihan peserta boleh tahan lagi dan ketika persembahan sebenar menjadi kelakar betul. Itu yang nampak dia seperti mengganggu.

“Saya dah buat GV selama sembilan tahun. Sampai terfikir apa lagi yang nak dibuat bagi membantu program ini supaya sentiasa diperkatakan. Secara peribadi, saya gembira sebab ada Elly yang boleh buat perkara itu. Tenaga dia lain hingga orang bercakap mengenai GV dan Elly.

“Bagi saya, apa saja yang diperkatakan hingga tular, ia bagus untuk program itu. Sebagai ‘showbiz’ lantaklah apa yang terjadi dan diperkatakan. Pada akhirnya, ia hanya satu persembahan. Tapi kita tidaklah sampai melampaui batas agama. Kami tahu batasannya,” katanya.