fbpx

Elly Mazlein Sindir Bekas Suami Di Instagram?

Berikutan keinginan untuk memastikan masa depan yang terbaik buat anak perempuannya, Elly Mazlein ada memaklumkan bahawa beliau akan membuat tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya. Beberapa hari lalu, Elly nampaknya telah menunaikan kata-katanya apabila sekeping gambar telah dimuat naik menunjukan beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah.

BACA: Selepas Bercerai, Elly Mazlein Serik Dengan Lelaki

Screen Shot 2016-07-22 at 11.17.04 AM

Menerusi akaun Isntagramnya, Elly yang lengkap memakai baju kurung dengan tudung berwarna kuning sambil mendukung anak perempuannya telah hadir ke mahkamah semalam untuk menuntut hak penjagaan anak. Menurut Elly, tindakan itu dilakukan kerana mahu menuntut haknya sebagai ibu yang menjaga anak tersebut sendirian sejak dari hari pertama ia dilahirkan.

Namun lebih menarik lagi selain daripada gambar yang dimuat naik, Elly sempat meluahkan perasaan terkilan terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta dengan menyindirnya kerana lewat tiba di mahkamah untuk sesi prosiding. Bukan itu sahaja, malah Elly turut menegur bekas suaminya yang lewat dan berpakaian yang hanya berseluar jeans koyak ketika hadir ke mahkamah.

Selepas posting berikut dimuat naik, ruangan komen mula dipenuhi dengan kata-kata sokongan yang diberikan oleh peminat Elly yang mendoakan urusan yang ingin dilakukannya akan dipermudahkan. Pada masa yang sama, ada juga peminat yang turut geram dan bengang dengan sikap bekas suami Elly yang tampil dengan pakaian yang tidak sesuai ketika ke mahkamah. (rkty/w)