Kegagalan rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun membuatkan Elly Mazlein sudah serik untuk berkahwin sekali lagi. Bagaimanapun dengan segala dugaan dan ujian yang menimpa dirinya, Elly akur dengan ketentuanNya dan menganggap bahawa segala apa yang terjadi kepada dirinya punya hikmah disebaliknya dan terus bersikap positif.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Elly Mazlein Nafi Curang Dengan Bekas Suami
“Atas apa yang telah terjadi sebelum ini, saya memang sudah tidak percaya dengan lelaki lagi. Namun apa yang terjadi ini ada hikmah buat diri saya agar lebih berhati-hati menempuhi kehidupan selepas ini,” katanya kepada portal Media hiburan mengenai kemelut perkahwinannya bersama suami yang akhirnya berakhir dengan penceraian pada tahun lalu
Dalam masa yang sama, ketika ditanya mengenai soal jodoh pula, buat masa ini Elly memberitahu dirinya lebih selesa hidup bersendirian selain menumpukan perhatian sepebuhnya kepada anak perempuannya, Sefhia. Malah beliau juga memaklumkan bahawa dirinya masih tidak bersedia lagi untuk membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki ketika ini.
Terdahulu, Elly pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan seorang pelakon baru, Faye Kusairi sebagai punca penceraian beliau dan bekas suami, Azmi Hatta. Namun begitu, Faye menafikan dakwaan itu serta meminta Elly untuk tampil menarik balik tuduhan tersebut dengan memberinya tempoh selama dua bulan dan memohon maaf kepadanya. (rkty/w)