fbpx

Elly Mazlein Selamat Bersalin Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang selamat malahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 12.23 pagi tadi.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Elly meluahkan rasa syukur proses bersalin dipermudahkan dan mengucapkan terima kasih buat merkea yang mendoakan kesejahteraannya.

BACA: Elly Mazlein Dah Mula Cuti, Bakal Timang Bayi Lelaki

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah Kak pom selamat bersalin pada 23 October 2021, jam 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat. Terima kasih segala doa.

“Terima kasih Abah, Somi dan Manja jaga mama sepnjang mengandung hingga bersalin.. Alhamdulillah kita ada orang baru, bertambah sorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Elly turut mengumumkan nama anak kedua dan putera kesayangannya itu yang diberi nama Haider Mateen.

“Dengan ini Kak lina nak mmperkenalkan anak ke 2 kak Lina, Haider Mateen Bin Mohamad Azlan, Assalamualaikum Haider .. Welcome to the world our little bundle of joy,” tulisnya.

Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan pada 18 Januari thaun lalu. Sebelum ini Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, kini berusia lima tahun.