fbpx

Elly Mazlein Dah Mula Cuti, Bakal Timang Bayi Lelaki

Usia kandungan kini mencecah sembilan bulan dan menunggu detik untuk melahirkan cahaya mata kedua, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein memaklumkan dia sudah pun mula bercuti.

Menerusi satu perkongsian, Elly turut berkongsikan khabar gembira bahawa dia bakal melahirkan seorang bayi lelaki serta tidak sabar menantikan anak keduanya itu.

BACA: Sarat Hamil Enam Bulan, Elly Mazlein Dimasukkan Ke Hospita

Dalam entri tersebut, Elly turut memuat naik beberapa keping foto dirinya yang baharu sahaja selesai mengacarakan sebuah program hiburan buat kali terakhir sebelum cuti bersalin.

Elly mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka.

Terdahulu, Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai setahun selepas. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia kini berusia 5 tahun.