fbpx

Elly Mazlein Nafi Bedah Besarkan Payudara

Tajam betul mata rakyat Malaysia ni, sampaikan perubahan payudara selebriti juga menjadi perhatian. Terbaru Elly Mazlein dikatakan membuat pembedahan membesarkan payudara kerana saiznya kini yang lebih menonjol.

BACA: Elly Mazlein Hadiahkan Bapa Mercedes-Benz

“Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan. Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan. Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah”

Ditanya pula andai beliau dilabelkan sebagai simbol seks kerana mempunyai bentuk tubuh badan yang montok, Elly tidak kisah dan enggan melayan cakap-cakap orang. Jelasnya, setelah melalui kontroversi terdahulu, beliau malas memikirkan kecaman peminat.

“Terpulanglah pada mereka, Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Mungkin kerana Elly masih menyusukan anak menyebabkan bentuk badannya berubah menjadi sedikit berisi. Pelik betul mata rakyat Malaysia ini, suka nampak benda yang merepek. Eh! (rtky/w)