fbpx

Elly Mazlein Maafkan Faye Kusairi & Bekas Suami

Tidak mahu peperangan di laman sosial terus berlanjutan, pelakon Elly Mazlein melalui Harian Metro menjelaskan bahawa dia kini mahu memulakan kehidupan baru dan mahu menjadi lebih positif.

BACA: Karma Elly Mazlein Kerana Rampas Suami Orang?

“Hidup perlu diteruskan. Saya mahu menutup buku lama dan buka buku baru. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan dan ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk keluarga. Penderitaan selama ini terbayar dan kali ini, saya benar-benar akan bergerak ke depan”

“Pada saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya perbuatan memalukan. Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya. Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir meroyan.

“Saya berani untuk lantang bersuara pun adalah untuk menuntut hak saya dan anak daripada bekas suami. Ketika saya berdiam diri, pihak satu lagi pula yang banyak bersuara dan itu membuatkan saya juga tampil bersuara,” jelasnya.

Tambah Elly, keluarga banyak menyokongnya malah Elly juga mahu terus fokus kepada anak, bapa dan juga mencari rezeki selain turut memaafkan bekas suaminya itu dan Faye Kusairi serta semua keluarga bekas mentuanya.

Semoga Elly terus tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Tindakan Elly yang memaafkan perkara yang sudah berlalu tidak akan mengubah masa silam namun pastinya mempermudahkan dirinya menghadapi masa hadapan. (rtky/s)