fbpx

Elly Mazlein Belum Sedia Cari Pengganti

Melalui pelbagai kontroversi selepas bercerai pada tahun lepas, Elly Mazlein masih belum bersedia untuk mencari pengganti bagi mengisi kesunyian hatinya. Pada ketika ini juga, beliau ingin lebih memberikan fokus untuk membesarkan anak sulungnya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lapan bulan yang kadang kala dijaga oleh bapanya ketika beliau bekerja.

BACA: Elly Mazlein Tak Mahu Gaduh Dengan Kak Ogy

“Selepas apa yang dilalui sebelum ini saya belum terfikir mencari pengganti tambahan pula anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian. Jika bercinta nanti perlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak. Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini”

“Sekarang ini jika saya hendak pergi kerja dan terpaksa tinggalkannya saya terpaksa menyorok kerana dia mula merengek dan enggan berenggang dengan saya. Sebab itu jika boleh saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi kerana tidak mahu jadikan alasan kesibukan saya untuk mengabaikannya,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, Elly turut memaklumkan bahawa dirinya pernah didekati oleh lelaki yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat namun beliau enggan terlalu memikirkannya. Malah jadual kerja yang semakin padat sejak kembali popular selepas menyertai program nyayian Gegar Vaganza membuatkan dirinya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta. (rkty/w)