Bekas Suami Kahwin Dengan Dhabitah, Elly Pesan Kunci Rumah Tangga Adalah Sabar
Tahniah diucapkan buat pelakon Jiggy Masin yang selamat diijabkabulkan dengan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada 29 April lalu.
Masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya, pelakon Elly Arifin turut mengucapkan tahniah buat pelawak berkenaan atas perkahwinannya itu.
Elly turut menitipkan doa agar pasangan itu segera dikurniakan cahaya mata serta mengingatkana bahawa kesabaran adalah kunci rumah tangga bahagia.
“Tahniah @jiggymasin dan @dhabitah_sabri. Selamat pengantin baru kepada anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay.
“Sentiasa beringat, kunci rumah tangga adalah kesabaran,” tulisnya.
Sebelum ini, Jiggy memaklumkan dia dan Dhabitah tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka tetapi memilih waktu yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu. Pasangan itu berkenalan sejak lebih setahun yang lalu ketika bertemu di sesi fotografi.
Terdahulu, Jiggy Masin pernah mendirikan rumah tangga dengan Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun bercerai pada Januari 2020.
- SUMBER
- mStar Online
Tak kenal retis2 mana ni? Sendunya alahai….
Siapa mereka2 ni..X kenal pun..hmm
Sama la…kita dua je kot yg xkenal…?????
maaf sangat², nama Dhabitah je yg familiar. tahniah dan selamat pengantin baru. semoga sukses dlm sukan terjun…
Dorang ni tak la terkenal mana, cuma bila kes cerai, satu mesia tau. Bekas isteri kata kunci kebahagiaan adalah sabar tapi sewaktu bersama bekas suami dulu kenapa tak sabar?
I tau dhabitah je sbb dia pernah harumkn nama negara.. lg 2 org so called pelakon/pelawak ni tak kenal.. sorry.. hehehe
jiggy ni berlakon ke apa? kenapa dia masin? siapa pernah rasa dia ni? ex bini dia perlakon ke apa?? adoi. aku dah tua ke
Hahahaha lawak betui komen ni. Terhibur