fbpx

Ellie Suriaty Dedah Pernah Diganggu VVIP Terkenal, Berstatus Suami Orang

Pelakon Ellie Suriaty baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman ketika bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan suatu ketika dahulu.

Menerusi temu bual bersama Zarul Umbrella, Elle mendedahkan dia pernah diganggu oleh individu berstatus golongan VVIP berstatus suami orang.

BACA: Ellie Suriaty Ajak Kekasih Bekas Suami Jumpa Anak-Anak

@zarulumbrellaofficial

Saya nk kena ngorat by somebody – #borakdalamgalley

? original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Menurut Ellie lagi, lelaki VVIP itu sememangnya dikenali dan dia tahu bahawa lelaki itu merupakan suami orang.

“Ada satu masa, saya nak kena mengorat dengan somebody, VVIP. Saya tak perasan sangatlah sebab kita serve penumpang kan. 

“Bila penumpang tanya, kita jawab la. Tapi saya tahu dia dah kahwin. Saya tetap be very pleasant. Kita tak boleh ada double standard,” katanya.

Kongsi Ellie lagi, individu tersebut turut menghantar pembantu peribadinya untuk mendapatkan nombor telefon. Namun, Ellie tidak melayan permintaan tersebut sebaliknya bersembunyi di bilik air.

“Bila kita landing, semestinya kawan yang sebelah tersengeh-sengeh. Saya faham sangat. Tapi kita buat tak tahu dan tak reti. Bila dah landing, lampu seatback off, first class akan keluar dulu. 

“Kemudian, diikuti dengan economy class. Ada assistant dia datang cari saya dan minta contact number saya untuk bos dia. Saya cakap sekejap lalu masuk ke dalam bilik air. Tak keluar-keluar,” katanya.