fbpx

Kami suka selebriti Malaysia yang berfikiran global seperti Ella dan Jojie ini. Ingin terjun ke dunia perniagaan berilhamkan citarasa antarabangsa. Heh.

Di’temui selepas berakhirnya aksi konsert Mentor 6 kumpulan B, Ella memberitahu niat murni beliau untuk menceburi satu bidang baru yang beliau minati sejak dari dulu.

Kelihatan gembira selepas protege beliau, Caroline berjaya muncul sebagai juara mingguan untuk konsert Mentor 6, penyanyi manja ini berkata beliau sudah pun pergi ke New York, China, Thailand dan juga Korea Selatan.

Lawatan ke negara tersebut bukan sekadar suka suka, tetapi Ella mencari inspirasi selain bahan yang sesuai untuk di’realisasikan sebagai kasut berjenama ELLA yang juga bakal mendapat hasil sentuhan & rekaan Ella sendiri tidak lama lagi. Menurut Ella lagi, satu sidang media khas akan di’adakan sekitar Mei 2012 ini untuk menghebahkan secara rasmi kewujudan koleksi kasut wanita ini dengan jenama ELLA.

Kakak Ella yang juga agak popular di’kalangan peminat hiburan bakal muncul dengan perniagaan hijab dan bakal menggunakan jenama Yang Hijab by ELLA dan nampaknya adik beradik ini sudah merencanakan masa hadapan mereka dalam dunia perniagaan. Good luck!