fbpx

Elizabeth Tan Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta, Suami Bawa Motor

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan menjadi perhatian apabila memuat naik videonya bersama suami di aplikasi TikTok.

Menerusi video itu, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkongsikan keterujaan suaminya untuk mendapatkan set permainan PS5.

BACA: Elizabeth Tan Kongsi Foto Cium Mulut Dengan Suami, Peminat Kecewa Sampai Nak Unfollow

Dapat dilihat, Lizzy dan suaminya ke pusat membeli-belah dengan menaiki motosikal. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai Lizzy mengakui bahawa dia dan suaminya tidak mempunyai kereta.

@elizabethtsm

Sanggup weh ? otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp

? Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

“Bila excited dapat beli PS5 tapi kena naik motor (kami berdua memang tak ada kereta sendiri hahahaha),” tulisnya.

Diruangan komen, netizen dilihat sempat membalas komen netizen yang bertanyakan bagaimana dengan helmet jika mereka berdua semasa masuk ke dalam pusat membeli-belah .

“Helmet yang saya bawa masuk helmet baru, helmet lama kami tinggalkan kat motor je hahahaha,” jawabnya.

Terdahulu, Lizzy berkata meskipun mempunyai lesen memandu sejak berusia 18 tahun, namn dia tidak pernah memandu kerana fobia terhadap jalan raya.