fbpx

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, namun gambar penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di Instagram tetap menjadi tempat lelaki meninggalkan komen-komen gatal.

Baru-baru ini, perkongsian Elizabeth atau mesra disapa Lizzy menjadi perhatian apabila memuat naik foto romantis mencium bibir suaminya, Dr. Siew Jim.

BACA: Tunjuk Aksi Pertahankan Diri, Ramai Rela Jadi ‘Punching Bag’ Elizabeth Tan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Menerusi foto itu, Lizzy dilihat mengenakan gaun hitam seksi sambil dirangkul suaminya sebelum mereka berdua bercium serta beberapa gambar romantis lain. 

Difahamkan, foto dimuat naik itu adalah gambar pasca-perkahwinan mereka berdua selepas mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Perkongsian Lizzy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa melihat aksi romantis selebriti kegemaran mereka itu bercium dengan suami.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen mengatakan sepatutnya mereka dalam gambar tersebut dan bukannya suami Lizzy.

Malah, ada netizen mengatakan mereka mahu unfollow Instagram Lizzy kerana terlalu kecewa melihat gambar berkenaan.

Terdahlu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim  di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021.