fbpx

Elizabeth Tan Kongsi Video Bercuti, Netizen Perasan ‘Benda’ Lain

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, namun gambar penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan tetap menjadi tempat lelaki meninggalkan komen-komen gatal.

Baru-baru ini, penyanyi itu berkongsikan aktiviti hariannya di aplikasi TikTok menunjukkan baju yang digayakan ketika di rumah dan sewaktu bercuti.

BACA: Elizabeth Tan Menangis Baca DM, Ramai Luah Keperitan Hidup

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun ada sesuatu yang lebih menjadi perhatian netizen ketika Lizzy memakai baju ketika dirumah.

Seperti sudah dijangka, video tersebut menundang komen nakal terutama daripada netizen lelaki. Malah, ada yang meninggalkan komen terpaksa menghentikan video tersebut untuk melihat lebih jelas.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen meninggalkan komen malu melihat komen daripada leaki ‘miang’ pada video tersebut.

Malah, ada netizen mengatakan kebanyakan meninggalkan komen gatal berstatus suami orang. Lebih lucu, ada yang mahu mencari komen suami mereka.