fbpx

Elizabeth Tan Alami Masalah Keguguran Rambut Kritikal

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mendedahkan dia menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.

Memetik Xtra, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata dia mula berdepan masalah alopecia sejak 2018 dimana berlaku tompokan botak di rambut.

BACA: Elizabeth Tan Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta, Suami Bawa Motor

“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.

Menurut Lizzy dia tidak pernah mendedahkan penyakit dihidapinya kerana tidak mahu meraih simpati daripada orang ramai.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat. Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.

“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy memaklumkan dia baru saja menolak tawaran untuk membintangi sebauh filem ang memerlukan dia memotong rambut seperti lelaki.

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya.