fbpx

Elisya Sandha Rehat Sebulan, Rancang Nak Timang Cahaya Mata

Berikutan keadaan kesihatannya kurang baik sejak kebelakangan ini, pelakon Elisya Sandha berkata dia membuat keputusan untuk berehat selama sebulan.

Kata Elisya lagi, dia berehat bukan kerana berbadan dua tetapi sebagai persediaan serta untuk mengumpul tenaga sebalum masuk tahun baru.

BACA: Elisya Sandha Buat Kejutan, Risau Tapi Tetap Hadiahkan Motor Idaman Suami

“Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat, jadi saya mengambil tempoh berehat selama satu bulan untuk fokus dengan keluarga saya dan juga keluarga baharu saya.

“Tapi bukanlah disebabkan itu (berbadan dua), saya rasa seperti saya penat kerana terlalu banyak bekerja, jadi saya cepat letih. Keluarga juga mengatakan biar saya berehat di rumah sahaja. Perancangan (anak) itu ada…doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Baru sahaja mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Perlis pada 19 Disember lalu, Elisya bersyukur segalanya berjalan dengan lancar meskipun majlis diadakan serba ringkas sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Alhamdulillah majlis resepsi di Perlis akhirnya berjaya dilaksanakan. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga sebelah suami dapat bersua muka dengan keluarga saya di sana.

“Biarpun begitu, majlis berkenaan berlangsung serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Itulah kelainannya kerana berkahwin mengikut norma baharu. Alhamdulillah semua orang faham,” katanya.