fbpx

Elisya Sandha Buat Kejutan, Risau Tapi Tetap Hadiahkan Motor Idaman Suami

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Elisya Sandha dan suami Uzair Haqimy kini sedang melayari bahtera alam perkahwinan.

Malah, Elisya juga sangat beruntung kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik ditambah dengan ibu mentua, Sheila Rusly yang sporting dan pandai masak.

BACA: Elisya Sandha Duduk Rumah Mentua Asyik Masak Sahaja

Baru-baru ini, Elisya membuat kejutan untuk suami tercinta dengan menghadiahkan motosikal Caferace yang telah lama menjadi idaman Uzair.

Menerusi satu perkongsian, Elisya berkata meskipun sebenarnya dia risau suaminya menaiki motor namun tetap memberi hadiah tersebut demi kebahagiaan suami.

Sementara itu, menerusi satu entri Uzair meluahkan rasa syukur dan bertuah kerana dia sememangnya mahu membeli motor tersebut namun isterinya terlebih dahulu menghadiahkannya.

“Terima kasih pada isteri saya. Memang ada hajat nak tukar main Caferacer. My wife tanpa melengahkan masa terus cari satu for me. Alhamdulillah syukur! Thank you to mama and papa also helping out!,” tulisnya.

Elisya selamat bernikah dengan anak pengarah terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 25 Ogos lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.