fbpx

Elisya Sandha Hamil Anak Pertama

Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Elisya Sandha kini hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Uzair Haqimy.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Elisya menerusi video yang dimuat naik di Instagram memaparkan imbasan sepanjang tahun 2021.

BACA: Elisya Sandha Rehat Sebulan, Rancang Nak Timang Cahaya Mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Lebih menjadi perehatian apabila peminat terlihat sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan di dalam video berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada Elisya mahupun suaminya mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata peminat tumpang gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.