fbpx

Sempena Hari Raya Aidiladha semalam, pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy melakukan ibadah akikah buat puteri sulung mereka, Bunga Elhaq.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elisya turut menyifatkan melahirkan puterinya itu adalah pengorbanan paling besar.

BACA: Fasha Kongsi Nama Anak Elisya Sandha, Bunga El Haq

Elisya turut menitipkan penghargaan buat suaminya yang bangun setiap malam membantu untuk menjaga anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers and susukan you. MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang,” tulisnya.

Dalam entri itu, Elisya turtu berharap anaknya menghargai orang yang menyayangi dirinya serta menjaga hati orang ramai.

“Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya nak anda membaca mesej dan ingat pesan mummy.

“Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya,” katanya.

Terdahulu, Elisya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.