fbpx

Elisya Sandha Akui Uzair Cinta Pertamanya

Baru-baru, pelakon Elisya Sandha yang juga adik kepada Fasha Sandha selamat mengikat tali pertunangan dengan anak kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Sikap tunangnya yang mengutamakan keluarga membuatkan Elisya memilih Uzair sebagai teman hidupnya. Malah, Elisye menyifatkan tunangnya itu lelaki bertanggungjawab.

BACA: Netizen Persoal Majlis Tunang Elisya Sandha Ketika PKP

“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya.

“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua,” katanya kepada BH Online.

Mengenali Uzair sejak di bangku sekolah lagi, Elisya mengakui tunangnya itu adalah cinta pertamanya. Ujarnya, pada awalnya dia tidak tahu Uzair adalah anak Sheila Rusly.

“Kami berkenalan melalui Instagram pada 2016. Mula mengenalinya, saya tidak tahu dia anak pelakon dan penerbit disegani. Ketika itu, saya belum aktif berlakon. Hanya selepas sebulan berkenalan baru saya tahu siapa ibunya,” katanya.

Dalam pada itu, Elisya berkata dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga dan bergelar isteri. Malah, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mengambil peluang untuk belajar memasak.