fbpx

Elfira Loy, Sufian Suhaimi Selamat Bertunang

Dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Elfira Loy, pelakon tersebut telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan yang juga merupakan penyanyi, Sufian Suhaimi.

BACA: Elfira Loy Keliru Ramai Persoal Keputusan Kahwin

Terdahulu, Sufian Suhaimi telah hadir merisik Elfira Loy bersama keluarganya pada Jun lalu sebelum mengambil keputusan untuk lebih serius dalam hubungan dengan menetapkan tarikh pertunangan hari ini.

“Pertemuan pertama tidak memberikan apa-apa petanda yang kami akhirnya akan kenal lebih rapat. Kami seterusnya jadi rapat apabila ramai mula memperkatakan mengenai kami”

“Dipendekkan cerita, saya memberikan kejutan 23 kuntum bunga ros sebagai simbolik angka 23 tahun usia Elfira (birthday 8 Mac) dan kemudian dia pula mengejutkan ulang tahun ke-25 saya, Mei lal dengan mengajak menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir di Seremban,” kata Sufian.

Elfira Loy pula berkata, istimewanya Sufian di matanya?

“Dia menjadi individu yang sering mencabar saya melakukan apa yang dirasakan ini tidak mampu dilakukan. Pendek kata dia sering memberi sokongan dan galakan untuk saya menjadi insan yang lebih baik,” katanya yang ditemui selepas selesai majlis pertunangannya.

Majlis perkahwinan mereka dijangkakan akan diadakan pada Mac tahun depan bersempena ulang tahun kelahiran Elfira Loy sendiri. (rtky/h)