fbpx

Elfira Loy Seronok Jaga Anak, Akui Tak Percaya Pengasuh

Sejak mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu, jarang sekali kita melihat Elfira Loy muncul di kaca televisyen. Boleh dikatakan kehidupan Elfira kini sudah lengkap dengan kehadiran Muhammad Rayyan Khalaf.

Elfira berkata dia lebih selesa menjaga anaknya sendiri dan kini dalam fasa berehat serta meluangkan lebih masa dengan keluarga memandangkan dia tidak pernah berehat lama sejak mula berlakon ketika berusia 12 tahun.

BACA: Elfira Loy Letak Syarat Jika Mahu Sentuh Anaknya

“Sekarang saya jaga anak sepenuh masa. Saya seronok jaga baby sebab sejak terlibat dalam industri lakonan ketika saya berusia 12 tahun, saya tidak pernah lagi berehat lama daripada kerja macam ini.

“Kali ini saya betul-betul rasa rehat selain dapat meluangkan lebih masa dengan ahli keluarga, it’s a great feeling,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Katanya lagi, dia kini memperlahankan kerjayanya dan lebih menumpukan pada kerjasama dengan produk-produk sebagai duta memandangkan anaknya masih kecil. Malah, Elfira mengakui tidak percaya pada pengasuh.

“Saya secara perlahan-lahan akan kembali semula dalam bidang lakonan tapi bukan dalam masa terdekat sebab anak masih kecil.

“Saya memang tidak percayakan pengasuh, sebaliknya saya hanya akan tinggalkan Rayyan dengan ahli keluarga terdekat saya,” katanya.