fbpx

Elfira Loy Sebak Kali Pertama Tunai Umrah

Bukan semua orang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, dan bagi Elfira Loy, beliau sangat teruja dapat berada di sana lebih-lebih lagi pada usia masih muda. Menerusi Instagram, Elfira meluahkan rasa sebak selepas menyelesaikam umrah pertamanya semalam.

BACA: Elfira Loy Sudah Sebulan Tidak Jumpa Tunang

Perkongsian yang disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan Elfira manis memakai jubah berwarna ungu. Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dirinya berasa gembira dan lebih tenang selepas habis menunaikan umrah pertamanya.

Rata-rata peminat juga turut sama mendoakan Elfira mendapat umrah mabrur, selain itu juga ramai yang meminta Elfira mendoakan mereka juga dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti.

Selain Elfira, Wawa Zainal juga turut berada di Mekah sekarang bersama bapa tersayang menunaikan ibadah umrah. Semoga segala ibadah yang dilakukan dipermudahkan buat mereka di sana. (rtky/w)