fbpx

Elfira Loy Nafi Sedang Bercinta Dengan Baim Wong, Masih Tumpu Pelajaran

Ekoran kemunculan mereka bersama di program hiburan MeleTOP & pihak lelaki seperti memberikan hint yang mereka sedang berpacaran, Elfira Loy & Baim Wong di’buru media untuk dapatkan penjelasan.

BACA: Elfira Loy & Baim Wong Kini Bercinta?

Menerusi Utusan Malaysia, Elfira Loy berkata yang dirinya masih belum berpunya atau sedang bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor dari Indonesia, Baim Wong kerana usianya yang masih muda.

“Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama”

“Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman,” kata Elfira Loy.

Pelakon muda ini juga berkata yang beliau kini masih menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan pelajaran beliau di dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU).