fbpx

Elfira Loy Masih Hubungi Sufian Suhaimi – Pengurus

Tidak tahan melihat pihak disebelah sana terus berkata-kata, pengurus Sufian Suhaimi, Mahadhir Mohamad, tampil mendedahkan beberapa perkara. Jelasnya selepas mereka putus secara rasminya pada 18 Febuari lalu, Elfira sebenarnya masih menghubungi Sufian.

BACA: “Masa Bertunang Pun Sudah Tawar Hati”

“Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta Sufian supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak. Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on dan Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini,”

Menyingkap kembali hubungan mereka dulu, Sufian mengambil keputusan untuk bertunang kerana tidak mahu masyarakat memandang serong kerana sikap Elfira yang kerap mengikuti Sufian ke lokasi persembahan.

“Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah”

“Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu”

Dalam masa yang sama, Mahadhir kesal dengan sikap keluarga Elfira yang terus memberikan kenyataan hingga mendedahkan banyak perkara kepada media. Mahadhir turut hairan dengan dakwaan mengatakan Sufian menipu mereka.

“Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu? Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai hubungan mesra dan hanya kawan biasa, tapi orang luar yang salah faham”

“Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)