Elfira Loy Dedah Suami Kena Hafal Surah Al-Mulk Sebelum Nikah
Usia perkahwinan Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar sudah memasuki tahun kedua, baru-baru ini pelakon itu ada berkongsikan mengenai pertemuan dan perkenalan dengan suaminya sebelum mendirikan rumah tangga.
Menerusi Insta Story, Elfira dilihat ada menjawab pertanyaan peminat dan tidak lokek berkongsikan kisah romantis disebalik pertemuan mereka satu ketika dahulu.
BACA: Bergelar Usahawan Sambal, Elfira Loy Gembira 2000 Balang Terjual Dua Minggu
Menurut Elfira, kali pertama dia bertemu Faris pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 pada 2013. Malah, Faris turut meemuat naik foto mereka di Twitter dan berterima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang mempertemukan mereka.
Elfira turut berkongsikan, rakan baiknya Anis yang juga anak kepada pelakon Rosyam Nor turut mendoakan agar dia dan Faris bertemu jodoh.
Dalam pada itu, Elfira turut berkongsi cerita dia jatuh hati pada suaminya selepas mendengar Faris membaca surah Al-Mulk yang juga merupakan surah kegemarannya.
Bukan itu sahaja, Elfira mendedahkan ibunya turut memberi syarat kepada Faris supaya menghafal surah al-Mulk terlebih dahulu jika mahu berkahwin dengan anaknya.
Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober tahun lalu.
compom emak dan bapanya masuk syurga.
tapi selepas menghina tunang yang miskin bukan anak datuk tu lah.
dengan berita ini bolehlah disiarkan secara langsung laki pira baca hafazannya.
Boleh caya ke?
Dah sudah…. keluar dah cite dua ekor ni pulak
Aku lagi suka elfira loy ni dari si mira piljah tu….acah2 meletop lepas kahwin siap nak buat youtube mengedik dgn laki..heyyyy u think ur husband soo handsome ka mira???? Muka mcm rohingya jual bunga kat bukit bintang jaa pon.prasan jer lebih sbb hari2 macai2 nya dok memgampu komen…ohh sweet nya..ahh cute nya..walhal. taikkkk jer pon.
Alhamdulillah.Dah tertulis jodoh mereka.
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat seterus ke syurga.
Aamiin.
boring la dh sendu/basi pn.. next
So sekarang hapal lagi tak? Amalkan ke tiap malam sebelum tdo? #tanyaje
Sekadar hapal tapi tak paham, tak semestinye baik. Ramai lagi kat luar sana tak hapal apa pun tapi the best. Ni pun ada banyak penunggang agama yg hipokrit, ada jugak perogol bersiri. Sudah le jangan mengankat seseorang tu kerana padai sikit agama. yg free hair tu mungkin lebih mulia daripada yg betudung labuh
Al Mulk? Mostly pelajar sekolah asrama kat satu Malaysia hafal kot. Dah lama. Budak2 belasan tahun. Yassin, Al-Waqiah, Al-Kahfi…
Kau boleh rasa romantik dengar surah Al Mulk? ?Memang tak pernah cuba nak baca makna nya ke? Cuba baca maknanya, gerun lagi ada. Teringat dosa2…
Baca kerana Allah taala bkn kerana niat duniawi..
kenapa tak baca masa akad nikah sebagai bukti?
masa itu lagi best.
bukan sekarang sebab jadi duta makeup itu pun org toling makeupkan.
menyamoah retis minta publisiti murahan sebab jadi duta
Seiras macam adik beradik.
Comelnya Rayyan.