Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India, Demi Kepuasan
Kenapa tidak? Elfira Loy yang baru baru ini telah mengikuti percutian bersama AirAsia ke Kochi, India untuk mempromosikan tempat pelancongan di sana mengakui telah berbelanja besar untuk membeli pelbagai fabrik mewah & barangan kecantikan.
Bukan sedikit punya besar, Elfira Loy berkata kepada mStar Online hari ini yang beliau berhabis RM20,000 untuk kesemua barangan yang dibeli di India dan beliau sanggup membelanjakan jumlah yang besar sebegitu untuk memenuhi citarasa penampilan beliau.
UPDATE-1: Elfira Loy menafikan dakwaan yang beliau kena tipu kerana telah berhabis RM20,000 untuk kain di India kerana beliau tahu nilai sebenar & kualiti fabrik yang dibeli.
“Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang”
“Jadi apabila berpeluang ke India, pasti kain sari menjadi sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai lehenga berharga kira-kira RM4,000. Kalau di Malaysia harga sepasang kira-kira RM7,000”
“Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas,” jelas Elfira Loy lagi.
Turut serta dalam perjalanan Elfira Loy ke Kochi, India selama tiga hari itu ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus. Berikut beberapa gambar mereka di sana. Untung. (rtky/m)
Mbazir amalan setan..Tp duit dia ..Pape jela
perasan lebih katik ni.
comelny elfira ni
Over budak kecik ni. Tak padan..lagak mcm org dewasa n bpengalaman jauh je..selalu folow insta dia.asik2 upload pic yg over je..trus dh unfollow dh..habis cerita..mata tak sakit.
c pendek x sdar diri.prasan cun walaupn pendek budak kecik
Apapn dia kiut
hahaha lawak e korang ni
x suka sgt dia blakon…x best…igt dlu blakon slot akasi kol 6 ptg..nth pape..balik office tansion je aku tgk dia blakon…
How is it feel ye bayar 4k utk baju. Hmm.
Ikut experiencelah, kalau shopping kat yindia ni kalau muka mcm india kelas atasan or mix akan dpt diskaun gila2. Anyway, waaaa kayanya lehenga 4k.
elfaroy manis orangnya dan berbakat. cuma size keci sikit dan tidak begitu tinngi. saya syor elfa minum susu dan makan tomato selalu boleh cepat tinggi dan berisi.
Rambut nye buruk betul..senonoh le sikit..nth pa pe nth…;
x minat la tgk die berlakon.. kaku, no soul… kesian.. apepun bkn lawa sgt die ni.. baju je lawa2..orgnya perasan lawa..sedey..
hepi weekend korang…..weekendzzzzzzzzzzzz….
Artis malaysia ni nk menunjuk je keje eh?nk show off wtpe??beli kain 20k la beli utk anak audi r8 la..perluke nk cte sume kekayaan dunie pd org laen?sudah2 la artis mesia..
si pendek ni belagak.lakonan kaku sgt.sory ye
masa tgh naik ni amalkan la berbelanja sakan. bila dah tak laku esok, dah sesak, dah sakit, tolong jangan buat muka toye mengemis kat TV dan wartawan.
korg sume ni dh gla ke ape?lntkla dia nk brblnja bpe bnyk pon.xgune duit korg kn.hmmm.xphm aku dgn org yg ske kmplen ni
harap harap dia punya duit simpanan tu beratus ribu la if not millions dan minat untuk sambung belajar, klu dia mmg dah ada aset i.e rumah, kereta sendiri loan free then ok la kot blanja banyak mcm tu SEKALI SEKALA.
budak ni nak kata berlakon hebat sangat, x ada lah pun.. tp nak buat mcm mana kan, dah rezeki dia. kecik2 dah p jalan sana sini…
Bestnye la jd artis.. boleh ke sana ke sini… duit pown byak.. hem,, menunjuk2 je la kjenye….
korang pehal? org katik xleh nak over? aku tak kata tindakan dia betul. matlamat tak menghalalkan cara. yg kaitkan die pendek apehal? korang berat sebelah! asal tinggi je cantik then baik perangai la? bullshit!