fbpx

Elfira Loy Pertahan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

Mempertahankan tindakannya menghantar anak sulungnya, Rayyan Khalaf yang baru sahaja berusia 2 tahun ke sekolah, pelakon Elfira Loy berkata ia terpulang kepada kehendak masing-masing.

Elfira berkata ada manfaat dan kebaikan menghantar anak di usia kecil ke sekolah menurut beberapa kajian yang pernah dijalankan.

BACA: Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua

“Menghantar anak-anak kecil ke taman asuhan (playschool) akan membantu mereka untuk membangunkan kemahiran ‘motor’ (aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan).

“Mereka juga dapat membangunkan kemahiran sosial dan harian. Memang ada kajian menunjukkan perbezaan antara kanak-kanak yang aktif bermain dengan yang kurang melakukan aktiviti yang merangsang kemahiran motor,” katanya.

Berkongsikan pendapatnya itu di Insta Story, Elfira berkata jika ibu bapa belum bersedia untuk menghantar anak kecil ke sekolah itu terpulang kepada mereka.

“Kalau kalian tak bersedia nak hantar anak-anak anda (ke sekolah), tidak mengapa. Kalian boleh sentiasa buat aktiviti bersama anak-anak di rumah. Kalau kalian tahu bagaimana dan punya waktu,” katanya.

Dalam pada itu, Elfira mengakui dia sedikit terganggu apabila ada pihak mempersoalkan tindakannya menghantar anak ke sekolah ketika masih kecil.