Elfira Loy Alami Tekanan Sampai Masuk Hospital

Perkongsian Elfira Loy di Instagram menjadi perhatian apabila berkongsikan dia mengalami terkanan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menerusi entri itu, Elfira berkongsikan keadaannya tidak stabil dan terpaksa mendapatkan rawatan selepas berdepan insiden yang boleh membahayakan nyawanya.

BACA: Tak Perlu Mainan Mahal, Anak Elfira Loy Boleh Duduk Diam Main Petai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

“Masa untuk berehat. Hantaran ini adalah untuk mengingatkan diri saya bahawa tubuh badan saya perlukan rehat bila saya perlukan dan terlalu banyak berfikir juga mampu menyakitkan saya.

“Gejala awal yang saya alami adalah rasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit. Sehari selepas itu, saya rasa lebih baik, tapi saya terlanggar cermin sisi satu kenderaan (ketika memandu), tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi. Tapi, saya teruskan juga dengan mesyuarat saya,” tulisnya.

Elfira turut berkongsikan keadaannya bertambah teruk apabila dia mengalami cirit-birit dan muntah serta sukar untuk bernafas. Kata Elfira lagi, dia turut berpeluh pada malam tersebut sehingga terus ke hospital.

“Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit. Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali.

“Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elfira meluahkan rasa syukur keputusan perubatan diterima baik-baik sahaja dan dia memerlukan rehat yang cukup.

“Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okay. Alhamdulillah. Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air. Tapi, kalau berterusan lagi dalam dua hari, saya perlu lakukan imbasan CT (CT Scan), yang mana, saya nak elakkan. Jadi, mohon doakan saya,” tulisnya.

×