fbpx

Elak Penyakit Ain, Nazrief Nazri Enggan Kongsi Wajah & Nama Anak

Sudah dua bulan menimang cahaya amta sulung, pelakon Nazrief Nazri belum bersedia mendedahkan wajah dan nama anak sulung kepada umum.

Menurut Nazrief, dia lebih selesa untuk tidak berkongsikan hal keluarga dan perkara peribadi sehinggalah tiba masa sesuai untuk dikongsikan kepada peminat.

BACA: Hamil Lapan Bulan, Isteri Nazrief Nazri Mengidam Nak Beg LV

“Buat masa ini kami hanya kongsikan nickname anak iaitu Noah A. Orang pun tak tahu nama penuh anak kami, cukuplah kami panggila baby Noah di media sosial.

“Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure ada beberapa perkara kita kena kongsi,” katanya.

Dalam pada itu, Nazrief berkata dia merahsiakan nama penuh anak untuk mengelakkan terjadinya penyakit ain serta bimbang jika ada orang berniat tidak baik.

“Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik). Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby. Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!” katanya.