fbpx

Elak Kontroversi, Ruhainies Ada ‘Pengawal Peribadi’

Mengambil pendekatan dengan membawa pengawal peribadi setiap kali berurusan merupakan tindakan terbaik bagi Ruhainies ketika ini. Pengawal peribadi yang dimaksudkan adalah ibunya sendiri bagi mengelakkan kontroversi berulang berikutan tersebarnya video mesra beliau bersama suami penyanyi, Adira, Dato Seri Adnan Abu yang hangat diperkatakan minggu lalu.

BACA: Azrel Ismail: Saya Bukan Kekasih Ruhainies

“Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan. Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman”

“Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi ketika keluar. Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai kontroversi yang menghimpit beliau apabila sebuah video mesra diantara dirinya dan Dato Red terdedah.

Sedih melihat penderitaan anak perempuannya ketika melalui kontroversi itu, ibunya, Che Bunga Salleh bersyukur kerana Ruhainies seorang wanita yang kuat dan tenang menghadapi perkara ini walaupun beliau banyak berkurung didalam bilik tempoh hari. Namun sebagai ibu, beliau sentiasa menasihati supaya menjaga kelakuan dan mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Terdahulu, Ruhaines ada mengakui bahawa selepas kekecohan video itu diperkatakan, Adira iaitu isteri kedua Dato Red ada menghubunginya dan bertanyakan tentang kejadian sebenar sehingga beliau dikaitkan. Selepas memberi penjelasan, Ruhainies memaklumkan bahawa beliau dan penyanyi itu masih mempunyai hubungan yang baik dan tidak bermusuh. (rkty/w)