fbpx

Elak Curang, Izzue Islam Selalu Bawa Isteri Ke Mana-Mana

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berkata dia selesa membawa isterinya yang juga pengurusnya, Awin Nurin ke mana-mana saja bagi mengelakkan dirinya berlaku curang.

Memetik Kosmo, Izzue berkata dia mengaku bimbang jika terleka seandainya isterinya tiada bersamanya kerana sebagai manusia hati mudah berbolak balik.

BACA: “Anak Bukan Punca Bahagia” – Izzue Islam Dah Lali Ditanya Soal Zuriat

“Setakat ini tiada pun yang cuba nak ‘try’ saya tetapi itu langkah berjaga-jaga. Tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain. Manusia kadang-kadang perasaannya tunggang-langgang juga. Takut satu hari saya jauh dengan isteri, tiba-tiba terdetik ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’

“Jadi, untuk elak daripada berlaku saya selalu bawa isteri ke mana-mana. Saya tak suka hilang fokus. Saya mahu fokus kerja, selesaikan tugas dan lepak dengan isteri. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Izzue turut menegaskan dia tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain isterinya serta mahu bahagia bersama Awin.

“Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya nak bahagia hanya dengan dia. Dalam masa sama, saya tak nak kongsi kasih sayang saya dengan orang lain. Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti kasih sayang untuk dia tak cukup macam mana?

“Jadi, saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang, apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain,” katanya.

SUMBER: Kosmo