fbpx

Seperti yang kami janjikan melalui Twitter kami (@rotikaya) sejak minggu lepas, ini artikel khas untuk Filianti Vlee.

Sebenarnya banyak maklumat berkaitan interview kami bersama Filianti Vlee ini berada dalam komputer yang hilang.

Maka kami akan cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali isi kandungan temubual kami dengan penyanyi Indonesia ini.

Biar kami tulis isi kandungan temubual kami dalam bentuk fakta ringkas supaya anda boleh kenal serba sedikit tentang pemilik suara di’sebalik lagu ‘Bila Cinta’ ini.

– Filianti Vlee adalah seorang gadis berumur 26 tahun yang kini menetap bersama keluarga di Jakarta Timur, Indonesia.

– Filianti Vlee sebelum ini bekerja di Arsip Nasional Republik Indonesia (serupa dengan Arkib Negara Malaysia) sebelum berhenti untuk menjaga ayah’nya yang tidak sihat.

– Filianti Vlee masih belum berkahwin & tidak bermakna beliau available, kini beliau berpacaran dengan Gio, pemilik vokal ‘Bila Cinta’ versi lelaki.

– Gio merupakan pencipta lagu ‘Bila Cinta’ & Filianti Vlee menyanyikan versi wanita untuk lagu ini selepas di’jemput oleh Gio sendiri.

– Jika di’sandarkan kepada status, Filianti Vlee adalah seorang penyanyi amatur yang banyak menyanyi untuk iklan komersial di televisyen & radio.

– Filianti Vlee masih belum menonton filem Lagenda Budak Setan dan kami ada berjanji untuk menghantar sekeping DVD filem itu ke Jakarta khas untuk beliau.

– Beliau mempunyai Facebook peribadi & anda boleh bertanya khabar atau ucapkan terima kasih secara terus di’sana — facebook.com/filianti

Itulah serba sedikit fakta berkenaan Filianti Vlee yang sempat kami recover dari ingatan semut kami ini. Jika ada apa-apa yang perlu kami tambah atau lupa, kami akan beritahu.

Jika anda ada soalan untuk penyanyi ini, anda boleh tinggalkan di ruangan komen atau melalui Twitter kami (@rotikaya) dan akan kami panjangkan kepada tuan badan.

Video ‘Bila Cinta’ nyanyian Filianti Vlee dan gambar ekstra kiriman khas dari folder peribadi beliau di’bawah ini. Enjoice!